Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 2 Jun 2012

Suami sertai UMNO, dihalau keluar rumah


INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok semalam.





BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya, 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.

“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular