Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 6 Jun 2012

Perkemas penyaluran bantuan


Yang Berhormat Pehin menyampaikan ucaptama di majlis perasmian program berkenaan.




BANDAR SERI BEGAWAN - Proses penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan perlu dipermudah dan dipercepat untuk meringankan beban yang mereka tanggung.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berkata, beliau juga mendengar aduan tentang beberapa keluarga dan individu yang memerlukan bantuan tetapi masih belum mendapatkannya atau belum berhasil mendapatkannya setelah sekian lama memohon bantuan kepada pihak berkenaan.

"Dalam konteks Program Pembangunan Kepimpinan ini kita mengutamakan perkara yang sangat perlu diselesaikan dengan segera dan tuntas, iaitu tentang perkara isu bantuan-bantuan.

"Pada hemat saya sekarang bukan lagi masanya kita tuding menuding jari, tetapi adalah masa untuk melihat dan merenung ke dalam gerak kerja kita, merenung tentang cara dan proses yang dilalui," tegas beliau semasa berucap merasmikan Program Pembangunan Kepimpinan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang berlangsung di Banquet Hall, Bangunan Majlis Mesyuarat Negara hari ini.

Program selama dua hari itu adalah julung kali diadakan bertujuan mengenal pasti pelbagai isu berkaitan tugas dan tanggungjawab para pemimpin terbabit.

Ia dihadiri oleh lebih 200 peserta terdiri daripada para Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang dari semua empat daerah.

Program bagi siri pertama ini juga bertujuan meningkatkan tahap kepimpinan para Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang dan kerana itulah dalam siri pertama ini ia ditumpukan kepada usaha memudah cara memohon, menimbang dan membuat keputusan dalam pemberian bantuan-bantuan kepada mereka yang memohonkannya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular