Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 5 Jun 2012

Siswi tingkatan 1 diperkosa teman facebook


IPOH – Akibat terpedaya dengan kata-kata manis seorang rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial Facebook, seorang pelajar tingkatan satu akhirnya menjadi mangsa rogol, di sini, minggu lalu.

Mangsa yang baru berusia 13 tahun mengenali lelaki berkenaan, akhir tahun lalu menerusi laman Facebook sebelum mengatur beberapa pertemuan dan menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, dalam pertemuan mereka minggu lalu, lelaki berusia 16 tahun yang sudah menamatkan persekolahan lebih awal mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Insiden berkenaan disedari ahli keluarga, 27 Mei lalu setelah mangsa yang sebelum ini tidak pulang ke rumah dan tidak hadir ke sekolah hampir dua hari, ditemui polis.

Mangsa memberitahu, dia bersama lelaki berkenaan sering bertemu di salah sebuah pasar raya terkemuka di Ipoh.

Malah menurutnya, tanpa pengetahuan keluarga, dia juga kerap ponteng sekolah semata-mata mahu bertemu teman lelakinya itu yang dimaklumkan bekerja di sebuah gerai makan di Kuala Lumpur.

“Sepanjang perkenalan kami, dia layan saya dengan baik. Ada ketikanya dia juga membelikan saya macam-macam hadiah seperti rantai dan cincin,” katanya.

Mangsa berkata, akaun Facebook berkenaan dibuka sendiri atas tunjuk ajar seorang kenalan ibunya dan sering melayari laman sosial berkenaan di rumah dan pusat siber untuk menambah kenalan.

Sementara itu, Ketua Urus setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, kes membabitkan remaja 13 tahun itu adalah kelima direkodkan di pusat khidmat aduan berkenaan sejak Februari tahun lalu.

Menurutnya, semua kes berkenaan membabitkan remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun yang terperangkap dengan pujuk rayu cinta di laman sesawang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular