Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 April 2013

‘Bayi’ berusia 19 tahun


JAMRI memangku Mohd Syafiq ditemani isteri memangku seorang lagi anak mereka di rumahnya, semalam.

PASIR MAS - Walaupun sudah berusia 19 tahun, berat badan seorang remaja dari Kampung Tok Derpah di sini, hanya 10 kilogram manakala ketinggiannya pula 102 sentimeter dan makanan hariannya ialah nestum dan susu.

Bagaikan bayi, remaja lelaki itu juga memakai lampin pakai buang, tidak boleh bercakap atau berjalan menyebabkannya hanya terlantar di rumah.

Begitu nasib Mohd Syafiq Jamri yang diserang demam panas sehingga kekejangan ketika berusia lima bulan menyebabkan tumbesarannya terbantut.

Anak kedua daripada lapan beradik itu dijaga dengan penuh kasih sayang oleh bapanya, Jamri Che Omar, 47 serta ibunya Zaitun Abdul Rahsid, 40.

Menurut Zaitun, dia bersyukur walaupun Mohd Syafiq hanya memakan nestum dan minum susu, anaknya itu tidak sakit dan mudah dijaga.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular