Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 23 April 2013

Nafi calon PKR terlibat aktiviti tidak bermoral


Azan (duduk tengah) ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu di Jalan Pejabat di sini semalam.

KUALA TERENGGANU - Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menafikan calon PKR terlibat kesalahan jenayah dan aktiviti tidak bermoral termasuk mengedar dadah.

Berdasar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramah beliau bahawa terdapat calon mengedar pil kuda, dengan menyifatkan orang Pas tidak boleh menerima calon sedemikian, Azan menjelaskan, tiada calon PKR terlibat dan pihaknya telah membuat saringan ketat sebelum memilih calon bertanding.

“Sebenarnya bukan sahaja PKR Terengganu, PKR Pusat pun membuat saringan ketat. Pakatan Rakyat (PR) di peringkat Pusat dalam proses pemilihan calon masing-masing, memang wujud saringan yang amat ketat antaranya dari sudut kelayakan mereka sebagai calon yang akan bertanding.

“Saya menafikan ada antara calon-calon yang kita ketengahkan terlibat ataupun pernah terlibat, atau sedang terlibat dengan segala aktiviti sebagaimana yang dikatakan,” katanya ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu, di sini, semalam.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular