Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 29 April 2013

Perisa tekstil mengundang maut


KUALA LUMPUR - Gula-gula murah menggunakan pewarna tiruan yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dikesan semakin banyak dijual terutama oleh penjaja haram di luar kawasan sekolah.

Gula-gula itu yang mudah menarik perhatian kanak-kanak kerana berwarna-warni diibaratkan ‘manisan maut’ kerana bahan kimia yang digunakan sebagai pewarna dikatakan boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tidak terkawal. Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA) Paul Raj berkata kajian pihaknya mendapati gula-gula itu yang dijual dengan harga serendah 10 sen hingga 50 sen dikhuatiri memberi kesan buruk jangka panjang kepada pengguna, terutama kanak-kanak.


“Gula-gula itu mengandungi kadar gula dan pewarna tinggi. Ia bukan hanya menggalakkan pembentukan karies gigi, malah jika diambil secara kerap ini boleh meningkatkan paras adrenalin kanak-kanak hingga menjadi hiperaktif, gelisah dan agresif.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular