Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 April 2013

Video pelajar dibelasah tersebar di internet


GAMBAR dari video yang tersebar di internet menunjukkan seorang pelajar diterajang oleh samseng.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan samseng sebuah sekolah menengah kini tidak senang duduk apabila rakaman mengenai tindakan mereka membelasah seorang ketua kelas tersebar di laman sosial Youtube dan Facebook.

Video berdurasi 1 minit 32 saat bertajuk 'Ketua tingkatan kena belasah' itu dimuat naik sejak kelmarin memaparkan mangsa dipukul dan diterajang oleh empat pelajar di dalam sebuah bilik darjah. Kepala mangsa turut dihentak dengan tong sampah.

Kosmo! difahamkan, kejadian itu berpunca akibat rasa tidak puas hati antara salah seorang samseng tersebut dengan mangsa yang berusia antara 13 hingga 15 tahun itu.

Tinjauan di laman YouTube mendapati, video tersebut telah ditonton sebanyak 301 kali dan sedang rancak dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular