Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 April 2013

Pelakon Shazril Ahmad diajak hubungan songsang

SHAZRIL menunjukkan laporan polisnya.

KUALA LUMPUR -“Tindakan biadab penerbit itu mahukan saya menjadi ‘suaminya’ dan tinggal serumah amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya,” kata pelakon baru, Norshazril Ahmad, 24, atau Shazril Ahmad.

Itu nasib buruk menimpa Shazril yang baru lima bulan bergelar anak seni. Dia dijadikan sasaran seorang penerbit drama yang menawarkannya watak utama sebuah produksi sekiranya sanggup menjalinkan hubungan songsang dan tinggal bersama lelaki berkenaan.

Mendedahkan perkara itu, pelakon drama Hujan siaran TV3 itu berkata, dia mengenali lelaki itu pada 10 Mac lalu selepas mengetahui produksi miliknya memerlukan pelakon.

“Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu.

“Namun, selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan watak sekiranya sudi menjadi ‘suaminya’, menjalinkan hubungan songsang, memeluk dan menciumnya selalu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular