Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 23 April 2013

'Henti tayang video lucah


Dari kanan, Badrol Hisham dan Saiful Bahri pada sidang media selepas membuat laporan polis, semalam

KUALA TERENGGANU – “Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan.”

Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya.

Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung.

Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang.

“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular