Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 April 2013

‘Tiada siapa paksa saya bertudung’- Memey Suhaiza

MEMEY bersama Norman di sebuah restoran.

KUALA LUMPUR - : “Alhamdulillah, penampilan saya yang kini bertudung dibuat seikhlas hati bukan paksaan mana-mana pihak ataupun dipengaruhi Abby untuk menyertai parti politik.

“Saya berhijrah untuk menutup aurat sekarang atas kerelaan dan keikhlasan hati. Pun begitu, saya memang tidak sangka secepat ini diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah.

“Tak dinafikan, abang Norman pun pernah minta saya memakai tudung sebagai hadiah sempena hari jadinya pada Januari lalu. Namun ketika itu saya masih belum bersedia.

“Bagaimanapun abang cukup memahami dan dia juga tidak pernah memaksa saya.

Jadi saya sangat bersyukur kerana akhirnya diberi peluang oleh Allah untuk berubah ke arah kebaikan dengan menutup aurat,” kata pelakon, Memey Suhaiza, 24.

Kata-kata isteri kepada Norman Hakim itu sekali gus menolak dakwaan beberapa pihak yang menuduh perubahannya yang bertudung sejak minggu lalu mengikuti jejak langkah pelakon, Abby Abadi, 34 untuk menyertai PAS.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular