Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 18 April 2013

Dayangku Intan 'lawan' Azalina di Pengerang

PENGERANG - Penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.
(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular