Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 18 April 2013

Papa Gomo lancar Mani Festo Buku Jing-Gay


KUALA LUMPUR - Pengendali blog Papa Gomo yang berhasrat untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menggariskan 41 perkara di dalam manifestonya.

Antaranya termasuklah tidak akan meletakkan Islam setaraf dengan agama lain dan menentang amalan seks bebas.

Menerusi manifesto yang diberi nama Mani Festo Buku Jing-Gay Papa Gomo Vs Papa Homo, beliau secara sinis menegaskan tidak akan mengulangi apa yang didakwa pernah dilakukan oleh Anwar.

Antaranya termasuk tidak akan memperbodohkan rakyat Permatang Pauh serta tidak akan berbohong untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga menempelak pembangkang melalui manifesto tersebut apabila berjanji akan 'menghapuskan' semua bentuk bayaran bil elektrik, bil air, cukai jalan, cukai pendapatan di semua sektor persendirian dan perniagaan.

Manifesto itu telah dilancarkan oleh Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Zahid Mohd. Arip di Dataran Sri Perak, Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini kelmarin.

Papa Gomo baru-baru ini telah menyuarakan hasrat untuk bertanding di Permatang Pauh bagi menentang Anwar yang menyandang kerusi tersebut.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi meminta pemimpin pembangkang tersebut berundur secara terhormat daripada arena politik seperti gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini Anwar menyaman Papa Gomo sebanyak RM100 juta kerana mendakwa blogger itu memfitnahnya.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular