Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 19 April 2013

Pondan didakwa menyamar doktor


MELAKA – Seorang pondan berdepan hukuman penjara tujuh tahun atau denda selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menyamar sebagai doktor sejak Januari lalu.

Hasni Jamal Aripin, 26, atau dikenali dengan gelaran Dr. Ika bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Mengikut pertuduhan, Hasni didakwa menipu Norman Mohd. Norawai, 41, dengan menyamar sebagai Doktor Norzulaikha Jamaluddin dan menyerahkan dokumen sijil Perakuan Amalan Tahunan yang diketahui tertuduh sebagai palsu.

Perbuatan itu mendorong Norman menyerahkan RM8,280 sebagai gaji dan dia tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdaya tertuduh.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 15 Januari hingga 11 April lalu di Dr. Norman Clinic Sdn. Bhd., No. 28, Jalan MJ1, Teman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini. Klinik itu dimiliki oleh Norman.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular