Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 20 April 2013

PRU 13: Tok Mun 94, tanding lagi !!

KUALA TERENAGGANU - Calon Bebas, Maimun Yusof, 94, yang juga calon tertua di negeri ini adalah yang terawal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu di pekarangan Stadium Negeri, di sini, semalam.

Maimun atau lebih mesra dipanggil Tok Mun diiringi pencadangnya, Nur Haslina Mustaffa, 31, dan penyokongnya, Timah Salleh, 51, tiba kira-kira jam 7 pagi sebelum masuk ke pusat penamaan pada jam 8.50 pagi.

Tok Mun yang pernah bertanding pada PRU-12 dan mengejutkan ramai pihak kerana bertanding di Parlimen Kuala Terengganu itu tampil dengan bersemangat. Beliau memilih simbol kunci sebagai lambang Bebas diwakilinya.

“Tok memilih kunci dengan harapan ia akan membuka pintu hati semua pengundi di Parlimen ini supaya memilih Tok dan jika menang Tok akan mempertahankan bukit bukau di kawasan Parlimen ini daripada terus dimusnahkan pelbagai pihak bagi tujuan keuntungan.

“Tok juga akan mengkritik tindakan tidak betul pemerintah yang dipilih pada persidangan Parlimen nanti itupun jika Tok diberi peluang pada PRU kali ini,” katanya yang akan berkempen seorang diri sepanjang PRU-13.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular