Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 April 2013

Kerana Cinta: Ros Murtad 21 tahun

SEREMBAN -  Dua puluh satu tahun lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan.

“Syukur Allah membuka pintu hati saya kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu. Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. “Persoalan itu yang akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti agama lain,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.

“Kerana cinta, saya ketepikan perasaan keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama dianuti suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun. (metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular