Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 April 2013

Hasan Ali: Gesaan tidak teruskan pertikaian isu hudud bukti Pas tunduk kepada DAP

MELAKA - Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan tindakan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin parti itu agar tidak meneruskan pertikaian isu hudud seolah-olah tunduk kepada DAP.

Hasan berkata perbincangan mengenai isu hudud merupakan hak masing-masing terutama mereka yang beragama Islam.

"Mustafa Ali tidak berhak untuk menyuruh ahli politik sama ada Pas atau di luar Pas berhenti membincangkan hudud kerana berhenti membincangkannya bererti berhenti kita menjadi orang Islam, berhenti kita menjadi orang Melayu, berhenti kita mempertahankan institusi raja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hasan mengulas laporan akhbar yang memetik Mustafa membuat gesaan tersebut.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular