Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 5 September 2010

Hartawan kosmetik Malaysia Hilang..



KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.

Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.

Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.

Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.

Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.

Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.

“Berdasarkan maklumat, Sosilawati dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit dan kerap kali menghubungi anak atau pekerjanya bagi memaklumkan apa jua perkembangan dirinya selain lokasi dia berada.

“Namun pada jam 6 petang Isnin lalu, Sosilawati dikatakan keluar bersama pemandu peribadinya bernama Kamal untuk bertemu seorang peguam di Banting, Selangor. Dia ketika itu meninggalkan pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan, Sosilawati dikatakan turut ditemani dua lagi individu bernama Hisham dan Kamil yang juga seorang pegawai bank bagi menguruskan isu jual beli tanah serta peguam mangsa.

“Namun kira-kira jam 9 malam, anak mangsa menerima SMS daripada ibunya yang mengandungi mesej aneh dan sukar difahami.

“Anak mangsa cuba untuk menghubungi ibunya itu tidak lama kemudian namun gagal. Malah tiga individu lain yang dipercayai berada bersama mangsa turut gagal dihubungi sehingga hari ini,” katanya.

Difahamkan, polis menyerbu sebuah kediaman di Jalan Duta di sini, namun tidak menemui mangsa seperti maklumat disalur keluarga mangsa.

Difahamkan, polis turut berusaha menjejaki mangsa selain mendapatkan maklumat serta mengambil keterangan anak mangsa di IPK tengah hari semalam bagi meleraikan misteri kehilangan usahawan wanita berjaya itu.

“Setakat hari ini (semalam), masih belum ada perkembangan positif berhubung kes kehilangan ahli perniagaan berkenaan walaupun ada maklumat mendakwa mangsa dikesan berada di Batu Pahat, Johor,” katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa turut mendapatkan khidmat bantuan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan lokasi mangsa disembunyikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular