Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 September 2010

Pelajar Malaysia Dalam Ketakutan..

Keadaan jalan terbongkah di pusat bandar Christchurch selepas gempa.


KUALA LUMPUR: “Memang menakutkan. Kesan gempa bumi itu membuatkan ada pelajar meluahkan hasrat mahu pulang ke Malaysia serta-merta.

Menceritakan kembali kejadian gempa bumi pada jam 4.35 pagi (waktu tempatan) itu, Nazmi berkata, kebanyakan pelajar sedang bersahur dan kejadian gempa bumi itu nyata mengejutkan mereka.

“Gegaran kali pertama memang kuat. Ada yang bersembunyi di bawah meja dan katil. Suasananya memang mencemaskan.

“Selepas reda sedikit, kami ke luar rumah. Pelajar wanita dilihat menangis dan berpelukan antara satu sama lain,” katanya yang menetap di kawasan yang menempatkan tiga rumah penuntut dari Malaysia.

Menurut Nazmi, dia bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini seperti kecederaan atau binaan runtuh di kawasan kediamannya.

“Yang teruk dilanda gempa bumi adalah di kawasan bandar. Kami di sini hanya merasai gegaran.

“Akibat kejadian itu, pihak berkuasa tidak membenarkan penduduk keluar rumah dari jam 7 malam (semalam) hingga 7 pagi hari ini (waktu tempatan). Kuliah kami yang sepatutnya bermula Isnin (esok) ditangguhkan kerana pihak universiti menambah cuti seminggu lagi akibat gempa bumi,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan semua rakyat Malaysia di South Island dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.1 pada Skala Richter, yang terbesar bagi tempoh 80 tahun di negara itu, awal pagi semalam.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Datuk Hasnudin Hamzah berkata, pihaknya kini memantau keadaan di situ berikutan kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.35 pagi waktu tempatan (12.35 tengah malam waktu Malaysia).

“Kami menerima panggilan daripada wakil pelajar di kawasan itu dan menyatakan mereka semua selamat. Namun keadaan belum stabil sepenuhnya.

“Semua maklumat terkini diedarkan menerusi apa juga saluran yang mungkin, termasuk e-mel, Facebook dan Twitter,” katanya.

Gempa itu berpusat 14 km dari tenggara Christchurch, bandar raya terbesar di South Island dan kedua terbesar di negara berkenaan.

Seramai 403 pelajar Malaysia kini menuntut di South Island iaitu di University of Canterbury, Lincoln University dan University of Otago — semuanya di Christchurch — serta beberapa kolej dan politeknik.

Hasnudin turut menasihatkan rakyat Malaysia, terutama pelajar, supaya menghubungi keluarga masing-masing bagi memaklumkan keadaan mereka.

“Beberapa pelajar yang menghubungi suruhanjaya menyatakan rumah mereka mengalami kerosakan kecil seperti pintu rosak dan cermin pecah akibat gempa bumi,” katanya.

Mengikut maklumat dikeluarkan suruhanjaya itu, gempa berkenaan mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan infrastruktur, termasuk jambatan serta jalan raya.

Laporan media tempatan menyebut dua orang cedera parah dalam kejadian itu, selain semua akses komunikasi dan bekalan elektrik terputus pada sebelah pagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular