Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 6 November 2010

500 pelajar Malaysia dipindah




YOGYAKARTA 5 Nov. - Lebih 500 penuntut Malaysia di sini dan Magelang dipindahkan ke Solo hari ini dalam persiapan untuk dihantar pulang ke tanah air.

Para penuntut tersebut dipindahkan menggunakan 10 bas petang ini setelah Gunung Merapi meletus dengan dahsyat tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar berkata, situasi selepas letusan malam tadi amat buruk sekali.

"Penuntut-penuntut terpaksa duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar ke kawasan terbuka kerana habuk, abu dan udara yang kotor," katanya.

Katanya, pihaknya telah memohon agar kuliah ditangguhkan sementara waktu dan universiti bersetuju menangguhkan kuliah sehingga 13 November ini.

"Semua penuntut di sini akan dipindahkan ke Solo buat sementara waktu iaitu 65 kilometer dari Gunung Merapi dan 85 kilometer dari sini. Dari Solo, bagi penuntut yang ingin pulang, mereka akan dibawa pulang terus ke Malaysia," kata beliau.

Jelasnya, usaha untuk membawa pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Solo sedang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia.

Beliau memberitahu, semua penuntut Malaysia kini berada dalam keadaan selamat.

"Saya berharap ibu bapa jangan risau dengan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka di sini, Solo atau di Magelang.

"Pegawai kedutaan akan membantu mereka pada setiap masa. Pasukan sukarelawan penuntut-penuntut Universiti Sebelas Maret, Solo juga turut membantu dalam proses pemindahan ini," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular