Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 November 2010

Azmin disahkan pegang jawatan nombor dua PKR

BARISAN Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru 2010/2013; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah (tiga kiri), Tian Chua (dua kiri), Fuziah Salleh (tiga kanan) dan Mansor Osman (dua kanan).



PETALING JAYA: Seperti dijangka, Azmin Ali diumumkan memenangi kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, di sini, sebentar tadi.

Azmin mendapat undi terbanyak, 19,543 undi menyisihkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun undi yang diperoleh Mustaffa tidak diumumkan.

Bagi perebutan jawatan nombor tiga PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapat undi terbesar diikuti Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman.

Ketua Angkatan Muda (AMK) pula dimenangi Shamsul Iskandar Md Akin, manakala Ketua Wanita disandang Zuraidah Kamaruddin.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular