
ZATUL Bazamah Zainal Abidin, 34, menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya, Fatin Farihah Nordin, 17, yang hilang sejak Rabu lalu. Zatul Bazamah berkata, Fatin hanya memaklumkan beliau mahu ke kedai untuk membeli alat tulis bagi persiapan peperiksaan SPM tetapi tidak pulang sehingga hari ini.
