Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 November 2010

Pegawai atasan Yayasan Selangor ditahan reman




SHAH ALAM: Seorang pegawai atasan Yayasan Selangor ditahan reman seminggu bermula semalam, untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000, baru-baru ini.

Pegawai berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Shah Alam, kira-kira jam 11.45 pagi semalam, sebelum Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairul Nizam Abu Bakar, mengeluarkan perintah reman berkenaan yang berakhir pada 29 November ini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Difahamkan, pegawai berkenaan ditahan berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola majlis makan tengah hari itu.
Individu itu ditahan pagi kelmarin oleh pegawai SPRM sebelum dibawa ke pejabatnya di Tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Ketika di pejabatnya, sepasukan pegawai SPRM yang berpejabat di sini mengambil sedikit masa bagi menyemak fail sebelum membawa keluar beberapa dokumen dari pejabatnya.

Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, berkata Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular