Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 November 2010

Kecewa lagi...kerana Mykad

Shahida bersama bapanya keluar dari Jabatan Pendaftaran Negara Perlis, semalam.


KANGAR: “Saya sudah serah surat pengesahan kelahiran anak (Shahida) yang dikeluarkan seorang tok neban (penghulu) di Thailand, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih tidak berpuas hati dan mahu surat pengesahan baru yang dialih bahasa ke Bahasa Malaysia,” kata penoreh getah, Othman Omar, 64, semalam.

Dia bersama anak keduanya, Shahida dari Wang Kelian, dekat sini, yang hadir ke pejabat JPN Perlis di Wisma Persekutuan, di sini, pagi semalam, terpaksa pulang hampa kerana masalah birokrasi ditimbulkan pihak terbabit yang masih mahu surat pengesahan kelahiran baru dari Thailand.

“Hasrat Shahida untuk melangsungkan perkahwinan pada Januari ini pasti tertangguh untuk kali ketiga kerana tiada pengenalan diri dan saya sudah berputus asa untuk berurusan dengan JPN yang masih berkeras mahu surat pengesahan kelahiran Shahida yang sah.

“Lima tahun lalu, masalah sama ditimbulkan, malah surat dikeluarkan tok neban pada ketika itu ditolak mentah pegawai JPN kerana berlaku kesalahan ejaan yang dianggap kecil pada surat terbabit.

“Saya rasa mereka (JPN) tidak mahu mengeluarkan kad pengenalan atau MyKad untuk anak saya dengan menggunakan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“Biar dia (Shahida) menjadi gadis tanpa negara dan soal jodoh, saya berserah kepada takdir,” katanya ketika ditemui selepas berurusan selama hampir sejam dengan pegawai JPN di sini.

Turut menemani keluarga berkenaan Pegawai Khas kepada Exco Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim, Mohd Yusof Masri dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wang Kelian, Razak Daud.

Bagaimanapun, Pengarah JPN Perlis tiada di pejabat dan keluarga berkenaan hanya dilayan seorang pegawai kanan wanita yang enggan memberi sebarang ulasan.

Rabu lalu, Harian Metro melaporkan dilema seorang gadis yang tidak dapat melangsungkan perkahwinan dengan teruna pilihannya kerana tiada pengenalan diri atau MyKad hingga digelar gadis tanpa negara.

Kesilapan berlaku selepas dia dilahirkan di kampung halaman ibunya, Shamsiah Desa, 45, di Thailand.

Shahida sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 15 November lalu, tetapi dilanjutkan sehingga Januari ini selepas bertunang selama dua tahun dengan seorang anggota tentera yang berkhidmat di Kem Majidee, Johor kerana imam enggan meneruskan pernikahan selepas tiada dokumen pengenalan diri.

Dia terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah sama. Manakala kakak dan dua adiknya sudah mempunyai MyKad dan sijil lahir Malaysia. Othman adalah warga Malaysia.

Othman berkata, dia tidak berpuas hati dengan penjelasan JPN yang berkeras mahukan sijil kelahiran yang dialih ke Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk melayakkan Shahida mendapatkan MyKad.

“Saya sudah beberapa kali menyerahkan sijil berkenaan, tetapi ada saja kesilapan perlu diperbetulkan. Jika mereka mahu tolong, sudah tentu tidak timbul masalah,” katanya.

Dia dan Shahida terpaksa ke pejabat Konsul Thailand di Pulau Pinang untuk pengesahan terhadap sijil kelahiran yang ditulis dalam Bahasa Thai untuk dialih ke Bahasa Malaysia dalam tempoh terdekat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular