Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 21 November 2010

Nicol mudah genggam emas

Skuasy raih dua pingat emas. Kontinjen negara menggenggam dua pingat emas dalam acara skuasy Sukan Asia di Guangzhou, semalam apabila Datuk Nicol Ann David dan Mohamad Azlan Iskandar masing-masing gah mengungguli final acara wanita dan lelaki di Gimnasium Pekan Sukan Asia 1. Kedua-dua atlit negara masing-masing berada 39 minit dalam gelanggang untuk menewaskan lawan mereka – sekali gus menambah dua lagi himpunan emas selepas kemarau emas sejak Khamis lalu. Begitupun, Nicol diasak agak hebat oleh lawan kidal dari Hong Kong, Annie Au sebelum memastikan kemenangan 3-1, manakala Azlan yang turun selepas itu, mudah menewaskan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 3-0.


KEMARAU tiga hari kontinjen Malaysia tanpa pingat emas berakhir petang semalam setelah ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan untuk muncul juara pada final acara individu wanita di Gimna- sium Bandar Sukan Asia, Guangzhou.

Emas keempat kontinjen negara bagi Sukan Asia 2010 itu berjaya diperoleh setelah Nicol menewaskan Annie Au Wing Chi dari Hong Kong 11-8, 8-11, 11-6, 11-7 dalam masa 39 minit.

"Ia sesuatu yang menakjub- kan apabila berjaya meraih pingat emas buat Malaysia. Tekanan untuk menang memang ada tetapi menerusi kerja keras dan juga latihan, saya akhirnya berjaya.

"Saya telah menghadapi satu perlawanan yang agak sengit pada hari ini (semalam). Ia bukan satu kemena- ngan yang mudah," kata Nicol ketika ditemui selepas upacara penyampaian pingat semalam.

Nicol turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain skuasy pertama yang berjaya meraih pingat pada keempat-empat temasya sele- pas skuasy diperkenalkan di Sukan Asia pada 1998.

Sebelum ini, Nicol menang emas pada Sukan Asia 1998, 2006 dan 2010.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular