Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 8 November 2010

Ditetak tegur lelaki tangkap ikan guna karan

Keadaan muka dan kepala Mohammad yang cedera ditetak.



KOTA BHARU: Gara-gara menegur tindakan seorang lelaki yang cuba menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik, seorang lelaki parah di kepala dan badan akibat ditetak dengan senjata tajam di Kampung Bahagia, Chabang Empat, Tumpat, Sabtu lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa, Mohammad Salleh, 52, keluar sendirian memandu kereta untuk membuang sampah dan minum kopi di sebuah kedai.

Menurut anak mangsa, Siti Hajariah, 21, kejadian berlaku apabila bapanya menegur seorang pemuda yang cuba menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Katanya, pemuda terbabit tidak puas hati dan mengekori bapanya sebelum menetak menggunakan senjata tajam sehingga berlaku pergelutan.

“Bapa memandu keretanya dalam keadaan berlumuran darah pulang ke rumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian sebelum kami sekeluarga menghantarnya ke Hospital Tumpat,” katanya.

Siti Hajariah berkata, bapanya kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, bapanya menerima hampir 100 jahitan di kepala dan anggota badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular