Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 11 November 2010

Polis siasat kaitan hospital di KL dengan sindiket di Sarawak

( Foto hiasan )



KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan sindiket penjualan bayi oleh sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini baru-baru ini, ada kaitan dengan sindiket penjualan bayi di Sarawak pada Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata hasil siasatan yang dijalankan, terdapat kaitan antara kedua-dua sindiket berkenaan, terutama hasil daripada penemuan bukti yang membabitkan dokumen kelahiran bayi di hospital swasta itu.

Kita sedang menyiasat secara terperinci kaitan kedua-dua sindiket berkenaan. Siasatan awal kita mendapati dokumen itu dikeluarkan oleh sindiket jual bayi yang pernah dibongkar di Sarawak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini siasatan kes penjualan bayi membabitkan sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman yang dibantu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur awal bulan ini.

Dalam operasi dua hari itu, enam suspek ditahan sebaik sahaja selesai urusan jual beli seorang bayi perempuan berharga RM21,000 dan polis berjaya menyelamatkan dua bayi daripada menjadi mangsa sindiket berkenaan.

Mohd Bakri berkata sehingga kini polis telah menemui dan mengenal pasti 15 dokumen kelahiran bayi yang meragukan yang ditemui di hospital swasta di Jalan Ipoh itu yang dipercayai bagi urusan penjualan.

"Ada keraguan pada dokumen 15 bayi yang ditemui di hospital berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket penjualan bayi," katanya.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas jumlah sebenar bayi yang telah dijual melalui hospital swasta tersebut dan polis katanya masih menjalankan siasatan terperinci.

Pada Julai lalu, polis Sarawak membongkar sindiket penjualan bayi dengan menahan 17 individu termasuk pasangan ahli perniagaan bergelar Datuk dan berjaya menyelamatkan lapan bayi dan kanak-kanak berusia 23 hari hingga 12 tahun.

Pembongkaran sindiket berkenaan susulan daripada penahanan seorang wanita Indonesia berusia 32 tahun yang dikatakan cuba menjual bayi perempuan berusia 23 hari dengan harga RM10,000 kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli di Batu Kawa, Kuching, Sarawak. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular