Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 1 Februari 2012

Fandi masih minat kendali skuad Singapura

Kini menjadi penasihat teknikal sambilan dengan Persatuan Bola Sepak Johor





SINGAPURA - BEKAS kapten pasukan bola sepak nasional dan bintang kesayangan ramai, Fandi Ahmad, masih berminat mahu melatih skuad bola sepak nasional Singapura.

Bekas kapten skuad Piala Lion City yang mula mengukir namanya ketika masih remaja dan bakal merayakan hari kelahirannya yang ke-50 pada 29 Mei ini meluahkan rasa kecewa kerana keupayaannya di padang bola sepak seakan mendapat pandangan sepi daripada badan induk di Stadium Jalan Besar.

Malah, atas beberapa sebab, Fandi menerima lamaran kontrak tiga tahun menjadi penasihat teknikal secara sambilan dengan Persatuan Bola Sepak Johor.

'Anda lihat, mungkin lebih ramai peminat di seberang Tambak yang menghargai keupayaan saya dalam bola sepak berbanding orang di Singapura sendiri,' demikian luah Fandi kepada akhbar Today yang dipetik di sini semalam.

'Kerana itu juga, saya kini berada di Johor dan tidak berada dalam senarai kakitangan FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura),' sambung Fandi, juga pengarah Akademi Bola Sepak Sembawang.

'Bagaimanapun, saya percaya masih ada orang yang baik di FAS yang mahu memberi bantuan,' ujarnya lagi.

Fandi mengakui bahawa beliau tidak begitu gembira dengan cara yang dilakukan oleh FAS pada tahun-tahun sebelumnya.

Namun, beliau sering menyatakan kepada dirinya, apa juga yang berlaku beliau masih warga Singapura dan kepentingan kepada negara menjadi keutamaannya.

'Walaupun saya tidak mempunyai apa-apa pertalian tugas dengan FAS, saya berharap saya akan diberi peluang mengendali skuad nasional satu hari nanti.

'Mungkin skuad nasional Bawah 23 Tahun yang akan bersiap untuk menghadapi Sukan SEA Myanmar atau Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung di Singapura,' tambah bekas penolong Skuad Sukan SEA 2007 itu.

Fandi pernah memimpin skuad SAFFC muncul juara Liga-S bagi dua musim, dan pernah menjadi penolong jurulatih kepada Radojko 'Raddy' Avramovic dari 2004 hingga 2006, tetapi penantian menyambung tugasnya dengan FAS tidak menerima sebarang berita.

'Saya telah bersedia menyambungnya tetapi FAS tidak pernah menghubungi saya semula. Ketika mereka menghubungi saya tiga bulan kemudian, mereka memberi alasan bahawa mereka tidak dapat menghubungi saya,' ulasnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular