Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 1 Februari 2012

Fifi Ramadhani masih igauan ngeri

Fifi.






KUALA LUMPUR – Walaupun sudah sepuluh hari berlalu, namun peristiwa hitam enam jam dijadikan tebusan oleh lelaki bogel pada 23 Januari lalu masih lagi menjadi igauan ngeri Fifi Ramadhani Safruddin, 10.

Ibunya, Santi Sugiono, 29, berkata, sehingga kini anaknya itu kadang-kadang ketakutan dan sering terjaga pada waktu malam.

Katanya, paling membimbangkan Fifi ketakutan­ apabila melihat bilik di mana dia merasai detik cemas dijadikan tebusan dan melihat sendiri lelaki bogel tersebut ditembak polis.

“Fifi tidak dapat tidur lena. Dia sering terjaga pada waktu malam dan merengek ketakutan.

“Sebelum kejadian, bilik di mana kejadian berlaku itu adalah bilik tidurnya, namun kini lalu di situ pun dia tak mahu,” katanya.

Santi berkata, walaupun anaknya itu lebih banyak mendiamkan diri, namun sesekali dia akan bercerita tentang peristiwa hitam tersebut.

“Bagi kami apa yang penting Fifi selamat walaupun kami kehidupan kini diselubungi ketakutan seolah-olah kejadian sama berulang,” katanya.

Dia sekeluarga bercadang untuk mengecat rumahnya itu agar Fifi dalam melupakan insiden ngeri itu.

Santi berkata, warna cat rumah dipilih berdasarkan warna kegemaran Fifi iaitu warna merah jambu bagi memberi suasana baru kepadanya.

Menurutnya, walaupun masih trauma, namun Fifi juga ada menunjukkan perkembangan positif.

“Alhamdulillah, Fifi sudah berselera makan dan sering bertanya tentang sekolah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular