Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 2 Oktober 2012

5 Ditahan kes culik deejay radio


lima suspek diperintah reman seminggu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.



JOHOR BAHRU - Lima lelaki diperintah reman seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi membantu siasatan kes culik deejay radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff, 34.

Majistret, Maslinda Selamat mengeluarkan perintah berkenaan ke atas lima lelaki berusia antara 16 hingga 21 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan kes berkenaan.

Kelima-lima suspek ditahan bermula semalam sehingga 8 Oktober ini manakala dua lagi suspek yang ditahan Ahad lalu direman hingga 7 Oktober ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, kelima-lima suspek ditahan di sekitar negeri ini pada jam 2 pagi semalam.

“Kami masih mengesan empat lagi suspek yang dipercayai dapat membantu polis dalam menyelesaikan kes terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi Sabtu lalu, Julie yang popular dengan panggilan JD diculik dan diugut dibakar hidup-hidup 10 lelaki di Lebuh Raya Pesisir Pantai, berhampiran Tune Hotel, di sini.

JD dikatakan diculik kerana tidak membalas cinta seseorang. Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek pada Ahad lalu.

Hashim berkata, siasatan awal mendapati, motif penjenayah berkenaan bukan untuk membunuh mangsa sebaliknya lebih kepada motif dendam dan marah.

Menurut Hashim, personaliti yang popular dengan segmen Melodi Senja dan Variasi itu diminta usah bimbang keselamatan dirinya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular