Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 21 Oktober 2012

Nabila - Johan As'ari Bercinta?

NABILA dan Johan masih sempat membuat pose ceria dan humor biarpun beberapa jam sebelum itu mereka terbabit dalam kemalangan kecil.

KUALA LUMPUR - KEBANYAKAN artis yang sedang hangat bercinta sering berselindung di sebalik kenyataan selamat dan klise iaitu ‘kami hanya berkawan’ dalam percubaan mereka untuk mengelak daripada menjadi bahan gosip media hiburan.

Begitu juga dengan pasangan pelakon, Johan As’ari dan Nabila Huda yang digosipkan sedang bercinta.

Sering menidakkan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Nabila setiap kali ditanya media, namun dia dan Nabila sering pula dilihat keluar bersama khususnya pada majlis-majlis rasmi.

Khabar angin yang mengatakan mereka berdua sedang asyik dilamun cinta bertiup kencang sejak beberapa bulan yang lalu apabila Johan menghantar status berbentuk romantik di laman Twitter miliknya kepada Nabila.

Walaupun terkejut dengan tindakan Johan itu, Nabila mengakui yang dia amat menyayangi Johan tetapi hanyalah sebagai seorang sahabat.

Baru-baru ini, ketika berlangsungnya sidang akhbar Majlis Anugerah Skrin 2012, suasana menjadi kecoh gara-gara Johan dan Nabila tiba di sana agak lewat.

Difahamkan, mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika sedang menuju ke Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis tersebut.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Kalau tidak bercinta kenapa pula Johan dan Nabila datang berdua-duaan ke majlis tersebut?
Perkara itu menjadi tanda tanda kepada semua peminat mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular