Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 19 Oktober 2012

Rundingan saman Nirmala terhadap bekas majikan gagal

Nirmala Bonat


KUALA LUMPUR — Kes saman pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat terhadap bekas majikannya kerana mendera dan mencederakannya, gagal mencapai penyelesaian secara mediasi di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam M. Kavimani yang mewakili Nirmala memberitahu pemberita bahawa pihaknya dan bekas majikan Nirmala, Yim Pek Ha dan Hii Ik Ting (suami Yim) tidak bersetuju dengan terma penyelesaian yang dicadangkan dan saman tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan.

Katanya Hakim Zainal L Salleh yang mendengar prosiding mediasi itu di dalam kamar menetapkan 24 Oktober untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Nirmala hadir bersama seorang wakil dari Kedutaan Indonesia dan Hii hadir bersama peguamnya Gurmeet Singh.

Nirmala, 28, memfailkan saman dan tuntutan itu pada 28 Januari 2010 dengan menamakan Pek Ha dan Ik Ting sebagai defendan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular