Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 30 Oktober 2012

Warga emas perkosa gadis sunti ke mahkamah


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 10 tahun, sekitar Oktober ini.

Tertuduh, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah anaknya di salah sebuah taman perumahan di sini dalam tiga kejadian berasingan sekitar awal Oktober ini ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Atas pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM30,000.

Tertuduh yang berbaju-T berwarna kelabu dan seluar panjang mengangguk tanda faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Nu’aman Mahmud Zuhdi.

Tertuduh yang diwakili peguam bela Mohd Asram Zakaria memohon dikenakan jaminan yang rendah memandangkan faktor usia tertuduh.

Nu’aman kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 20 November depan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular