Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tuntut RM53,000: Bicara kes Roslin disambung Isnin ini

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan Isnin ini untuk sambung bicara kes bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim yang mengemukakan tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohammad.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan di dalam kamarnya selepas Roslin selesai disoal balas semalam. Mahkamah dijangka memanggil seorang lagi saksi serta mengarahkan Roslin, 37, atau nama sebenarnya Muhammad Roslin Hashim mengemukakan dokumen berkaitan kes berkenaan.

Perkara itu dinyatakan peguam syarie, Suria Wahida Umar mewakili Roslin manakala Faizah, 34, diwakili peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin. Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka melangsungkan perkahwinan. Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 30 Januari 2009 dan disahkan bercerai pada 12 Mei tahun sama oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular