Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 22 Oktober 2012

Doktor kemaruk buntut remaja


NUSAJAYA - Bermodalkan telefon pintar berjenama sebagai umpan, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Bukit Indah, di sini, bertindak mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bagi memuaskan nafsu songsangnya, Sabtu lalu sebelum menghadiahkan alat telekomunikasi itu untuk ‘menutup mulut’ mangsa.

Malah, doktor lelaki berusia 40 tahun yang masih bujang dipercayai sudah melakukan perbuatan terkutuk itu kepada beberapa kanak-kanak lain yang dikenalinya, namun dirahsiakan sebelum ini.

Bagaimanapun, doktor yang menjadikan kliniknya sebagai tempat mencabul kanak-kanak lelaki akhirnya ditahan polis pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, perkara itu disedari bapa mangsa yang juga seorang jurugambar bebas selepas mendapati anaknya memiliki telefon pintar baru.

Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, bapa mangsa memaksa anaknya menceritakan perkara sebenar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular