Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 19 Oktober 2012

A Aida mohon cerai fasakh


AIDA memfailkan permohonan fasakh untuk menuntut cerai daripada Suffian (gambar kecil) di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kegagalan mencapai persetujuan penyelesaian cara baik berhubung permohonan cerai yang difailkan penerbit dan dramatis, A Aida terhadap suaminya Deputi Superintendan Suffian Sulaiman menyebabkan penerbit drama bersiri kontroversi, Halimah Jongang itu bertekad memfailkan permohonan baru iaitu untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh.

A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41, (plaintif) yang diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong membuat permohonan di hadapan Hakim Syarie Ahmad Basyir Yaakub di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam untuk menarik balik permohonan cerai secara baik yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Aida akan memfailkan permohonan baru iaitu untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh mengikut Seksyen 52 akta sama selewat-lewatnya minggu depan. Ketika ditemui di luar mahkamah, Aida berkata, permohonan itu dibuat kerana kedua-dua pihak tidak dapat memberi persetujuan secara baik walaupun beberapa siri perbincangan sudah dibuat melalui peguam.

“Beberapa draf cadangan sudah dikemukakan tetapi kedua-dua pihak masih tidak mencapai persetujuan secara baik,” katanya. Bagaimanapun, Aida enggan mengulas mendedahkan mengenai tuntutan yang tidak dipersetujui itu. Sementara itu, Suffian ketika ditemui berkata, kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan pertikaian terhadap tuntutan yang berlaku itu adalah bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat keputusan adil dan tidak menganiayai sesiapa.

“Cadangan saya untuk keadilan kedua-dua pihak tapi plaintif (Aida) tidak setuju walhal cadangan itu saya sudah rujuk dengan peguam dan ramai orang.

“Saya tidak mahu aniaya dia dan diri saya,” katanya..

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular