Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 30 Oktober 2012

Lagi...Gadis Malaysia dilarikan ke Indonesia


Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman


KAMPUNG GAJAH - Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam, Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.

Difahamkan, jurunikah yang juga ketua masyarakat pulau berkenaan menghalang pernikahan itu selepas mendapati mangsa rakyat Malaysia dan di bawah umur untuk berkahwin.

Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.

Mangsa dijaga rapi jurunikah terbabit sebelum ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, dihubungi memaklumkan penemuan anak gadis mereka, Rabu lalu.

Susulan itu, Norshahirah dihantar pulang ke Jeti Larkin, Johor jam 8 pagi semalam sebelum disambut bapanya, Zaman Huri Tan, 51, ibu, Maria Mohd Noh, 49, dan Ketua Kampung Jawa, Zara’ai Nekmat, 64.

Mangsa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibawa pulang ke rumahnya di sini, jam 6 petang semalam sebelum diambil keterangan oleh polis.

Sementara itu, Norshahirah yang ditemui masih trauma dan terpinga-pinga ketika disambut ahli keluarga yang merindui kepulangannya.

Remaja itu masih sugul dan keberatan menjawab soalan mengenai kisahnya apabila ditanya media selain hanya mengangguk lesu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kejayaan membawa pulang remaja terbabit hasil kerjasama jurunikah dikenali sebagai ‘Pak Lurah’ yang enggan menikahkan pasangan itu.

Katanya, jurunikah berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan menjaga remaja itu sehingga dihantar ke Malaysia.

“Kami menganggap kejayaan membawa pulang remaja ini sebagai satu keajaiban kerana dilakukan menerusi budi bicara. Sebelum ini, kami cuba menjejakinya termasuk menerusi bantuan Interpol, tetapi gagal mengesannya,” katanya di sini, semalam.

Remaja itu tidak pulang ke rumah selepas dibawa lelaki dikenali sebagai Patah sebaik keluar ke bandar Teluk Intan untuk bertemu seorang rakan pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Zaman Huri berkata, anaknya membayangkan kemungkinan tidak mengambil peperiksaan SPM yang kurang seminggu.

“Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan kesihatannya pun tiada masalah, hanya kelihatan letih mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan panjang,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular