Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 20 Oktober 2012

Laman sembang temu jodoh pasangan bisu



PUTRAJAYA - Perkenalan pasangan cacat pendengaran dan percakapan, Sabihin Missder, 25, dan Nur Haziah Razali, 26, melalui ruang sembang Internet lima tahun lalu membawa mereka ke jenjang pelamin selepas diijab kabul dalam majlis di Masjid Putra, di sini, semalam.

Sabihin yang bertugas di Syarikat Air Melaka dan Nur Haziah yang juga pembantu taska di Kementerian Kesihatan di sini sah bergelar suami isteri selepas dua kali akad menggunakan bahasa isyarat, berwalikan bapa pengantin perempuan, Razali Talib, 56, dengan bantuan seorang jurubahasa. Majlis akad nikah mereka itu dilakukan di depan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat. Nur Haziah ketika ditemui berkata, kali pertama dia bertemu Sabihin pada 2009 di majlis perkahwinan seorang rakannya di Melaka iaitu selepas berkenalan setahun di laman sembang berkenaan.

“Ketika mula bersembang di Internet kami hanya berkawan biasa dan tiada istilah cinta. Malah, ketika itu kami turut berterus terang iaitu masing-masing cacat pendengaran dan percakapan. “Bagaimanapun, sebaik bertemu kami mengambil keputusan untuk berkenalan lebih rapat. Jarak jauh di antara Melaka dan Putrajaya tidak menghalang kami untuk terus berkawan,” katanya. Katanya, selepas mengenali hati budi masing-masing selain mendapat restu ibu bapanya dia mengambil keputusan untuk berkahwin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular