Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Oktober 2012

Dua militan Malaysia rancang jihad di Syria


Foto hiasan.

KUALA LUMPUR - Dua anggota militan Malaysia yang ditangkap di Lebanon pada 18 Oktober lalu kononnya bagi melakukan misi jihad, masing-masing merupakan ahli perniagaan dan pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara.

Kedua-dua lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Razif Mohammed Aaref, 28, dan rakannya Mohamad Razin, Shaaban, 22, masih bujang dan mereka belum mempunyai kepakaran membuat bom kerana masih baru dalam kumpulan militan.

Kedua-dua sahabat itu juga berasal dari ibu negara dengan Razif merupakan ahli perniagaan manakala Razin merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di ibu negara.

Pada tahun 2010, Razif pernah ditahan di Yemen selepas dia yang mendakwa memasuki negara itu untuk tujuan mempelajari bahasa Arab dikesan dalam perjalanan menghala ke kawasan dikuasai militan di negara itu.

Bagaimanapun, dengan campuran Wisma Putra, Razif dihantar pulang ke Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular