Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 29 Oktober 2012

Kes cerai di Sarawak meningkat 2.8 peratus tahun lepas


KUCHING - Bilangan kes perceraian di Sarawak meningkat 2.8 peratus tahun lepas apabila sebanyak 2,631 kes direkodkan berbanding 2,559 kes dalam tahun 2010.
  
Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan hari ini berkata statistik kementeriannya tahun lepas menunjukkan 1,389 kes melibatkan pasangan Islam, 917 kes perceraian sivil dan 325 kes lagi perceraian mengikut adat.
  
"Kebanyakan kes perceraian berlaku bagi golongan lelaki dan perempuan yang berkahwin dalam lingkungan umur di antara 21 dan 25 tahun," katanya semasa berucap merasmikan seminar kekeluargaan 'Cinta Di Mata, Cinta Di Hati, Pahit Manis Diharungi Bersama' di sini.
  
Menurutnya ketiadaan persefahaman, masalah kewangan atau kegagalan memberi nafkah, curang dan penderaan fizikal adalah empat punca utama yang menyebabkan berlakunya kes-kes perceraian ini.
  
Beliau berharap hasil daripada seminar ini akan dapat membantu merancang usaha bagi membendung masalah-masalah rumah tangga yang boleh menyebabkan perceraian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular