Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 4 Oktober 2012

Azalina serah isu fitnah Mazlan Aliman kepada peguam


AZALINA

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman menyerahkan kepada peguamnya untuk membawa isu melibatkan Mazlan Aliman berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) ke mahkamah susulan pendirian Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu enggan memohon maaf.

Ahli Parlimen Pengerang ini berkata, Mazlan mempunyai peguam dan perkara itu diserahkan kepada wakil peguam antara kedua-dua pihak.

Katanya, "isu Mazlan saya serahkan kepada peguam saya, dia pun ada peguam dia, biar mereka yang uruskan."

"Kita serah kepada peguam," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tindakan perundangan yang hendak diambil ke atas Mazlan selepas gagal memohon maaf secara terbuka.

Dihubungi semalam, Mazlan menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Azalina dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.

“Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi," katanya.

Kelmarin, Azalina menggesa Mazlan agar memohon maaf kepadanya secara terbuka berhubung isu penglibatan Azalina dalam projek Rapid.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular