Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 6 Oktober 2012

Mia bukan henti berlakon...




KUALA LUMPUR - BAPA pelakon comel, Mia Sara Nasuha Ridhuan, menafikan anaknya akan berhenti berlakon seperti didakwa media, sebaliknya hanya berehat bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh berkata, peperiksaan itu akan berlangsung selama seminggu bermula minggu hadapan.

"Bagi memastikan Mia bersedia menghadapi peperiksaan, saya telah mengupah seorang tutor peribadi untuk memberikan latihan tambahan kepada Mia setiap hari Khamis, di sebelah pagi.

"Selepas habis sahaja peperiksaan, Mia akan kembali berlakon, cuma waktu ini masih belum ada tawaran baru," katanya ketika dihubungi wartawan.

Menurutnya, Mia sedang berjalan di atas karpet merah bagi menghadiri Anugerah Blockbuster 2011 anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang diadakan di Shah Alam, malam tadi.

Dalam anugerah itu, Mia turut tercalon dalam kategori Heroin Terhebat.

Ketika ditanya tentang penerimaan kawan-kawan sekolah apabila melihat pelakon cilik itu di sekolah, Muhammad Ridhuan berkata, pada awalnya memang Mia sering dikerumuni rakan persekolahan yang mengagumi bakatnya sebagai pelakon, dia tidak pernah berasa terganggu.

"Mia seorang kanak-kanak yang tenang dan kuat semangat.

"Sekarang kawan-kawannya sudah biasa melihat Mia," jelasnya lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular