Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 Oktober 2012

Peminat hormati keputusan Aishah


Aishah (tiga, kiri) beramah mesra bersama peminatnya ketika menghadiri program Santai bersama Selebriti di Kerajaan Negeri Kelantan, semalam


KOTA BHARU- Penglibatan penyanyi terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah dalam kancah politik tidak menjejaskan popularitinya walaupun ramai mengecam tindakan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu.

Malah menurut Aishah, semua peminat setianya menghormati keputusan beliau untuk terlibat dalam politik walaupun ada kecaman diterima terutama di laman sosial facebooknya.

“Peminat sentiasa memberi respons positif malah akur dengan keputusan saya untuk berjuang di landasan politik, kecaman- kecaman yang ada bukan dari peminat saya, ” katanya,
selepas menghadiri program Santai Bersama Selebriti anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Aishah yang juga ibu kepada dua anak berkata, mengakui jadualnya kini agak padat malah semakin sibuk selepas secara rasmi menyerahkan borang menyertai Pas Mei lalu.

Mengulas mengenai bidang nyanyian, Aishah yang memulakan kerjaya seninya sekitar 1980an berkata, walaupun sibuk namun tidak membataskannya untuk meneruskan aktiviti tersebut di samping kegiatan lain termasuk menulis buku dan berniaga.

Katanya, beliau mengharapkan pentadbiran baru akan wujud selepas Pilihan Raya Umum 13 seterusnya membantu mengubah suasana dunia seni sekarang dan boleh menjadi medium perantara untuk menyampaikan mesej positif kepada umum.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular