Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 4 Oktober 2012

Penggemar seks luar tabii dicekup




KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang disyaki gemar melakukan seks luar tabii dengan ramai wanita, ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, kelmarin.

Sumber berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 8 malam, selepas seorang mangsa dipercayai model iklan susu membuat laporan polis minggu lalu.

Pelbagai barangan dirampas termasuk lapan telefon bimbit.

"Kita sedang teliti semua telefon bimbit itu yang disyaki mengandungi rakaman aksi seks suspek bersama beberapa wanita termasuk model terbabit.

"Siasatan awal juga menunjukkan suspek terlibat dalam kes dadah serta samun kereta," katanya semalam.

Difahamkan, suspek bukan sahaja menjadikan wanita tempatan sebagai mangsa, malah wanita asing dari Filipina.

Serbuan kelmarin dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Seksual, Keganasan Rumahtangga dan Penderaan Kanak-Kanak (D11) Kuala Lumpur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular