Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Oktober 2012

Saya bukan ke disko - Tasha Shilla




KUALA LUMPUR - Satu demi satu kontroversi itu telah ditepis elok oleh Tasha Shilla, 25, yang pernah dikatakan menari ghairah ketika sambutan hari jadi di sebuah kelab malam awal Januari lalu.

Selepas itu, dia juga dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan orang kenamaan yang menaja sebuah kereta mewah selain dihimpit isu minum arak.

Tidak bernoktah di situ, Tasha juga telah dihimpit kontroversi apabila pelakon, Neelofa mempertikaikan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 dan ia sehingga membawa persengketaan antara Neelofa dengan aktres Anzalna pula.

Dalam ruangan gosip akhbar semalam, Tasha dikatakan berparti di sebuah kelab hiburan di ibu kota bersama rakan-rakan lelaki dan wanitanya.

Ironi, malam kelmarin pula, Tasha diumumkan sebagai pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Menariknya, parti itu dikatakan turut disertai seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk J. Lelaki yang sama digosip menaja kereta BMW Tasha sebelum ini.

Gosip itu turut menyebut Tasha dikatakan sedang bergembira di situ selepas berbelanja sakan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bersama Datuk J.

"Itu pun namanya gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari sya berada di Brunei. Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.

"Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.

Menurutnya, Cerita tersebut  tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja. Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu." jelasnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular