Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 September 2010

24 rakyat Malaysia ditahan di UK kerana kesalahan imigresen



KUALA LUMPUR: Seramai 24 rakyat Malaysia ditahan oleh Agensi Sempadan United Kingdom (UK) dalam beberapa siri operasi sejak dua bulan lalu kerana bekerja secara haram di restoran dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi British di sini hari ini, semua yang ditahan itu akan dihantar pulang dan dilarang memasuki negara itu sehingga 10 tahun.
Katanya, pesalah imigresen itu ditahan di pusat tahanan sementara menunggu proses penghantaran semula ke negara asal.

Operasi itu adalah sebahagian daripada usaha agensi berkenaan membanteras pekerja haram, perkahwinan palsu, kolej haram dan jenayah imigresen terancang di seluruh negara itu.

Pihak majikan restoran juga telah diberi amaran dan berdepan dengan hukuman denda sehingga £10,000 (RM48,189) bagi menggaji setiap pekerja asing tanpa izin kecuali mampu membuktikan mereka telah melaksanakan prosedur hak untuk bekerja.

Menurut perangkaan, seramai 370 rakyat Malaysia dihantar pulang selepas ditahan di pusat tahanan atas kesalahan imigresen tahun lepas.
Dalam kenyataan sama, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Ray Kyles, berkata kadar penahanan rakyat Malaysia di negara itu membimbangkan.

"Kami terus menggesa semua rakyat Malaysia supaya mematuhi syarat kemasukan apabila melawat United Kingdom," katanya.

Kyles berkata, rakyat Malaysia dibenarkan tinggal sehingga enam bulan di negara itu tanpa visa dan menjadi kesalahan jika tinggal melebihi tempoh itu tanpa kebenaran dan dilarang bekerja sama sekali semasa berada di sana. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular