Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 September 2010

Ustazah, anak lelaki ditemui mati dibunuh

( Foto hiasan )


PORT DICKSON: Mayat seorang ustazah dan anak lelakinya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kepala ditutup kain serta tangan dan kaki terikat di dalam bilik air di rumahnya di Flet Seri Bandar, Taman Bandar, Jalan Sutera Lama di sini hari ini.

Mangsa, Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, yang dipercayai dibunuh petang semalam ditemui oleh rakannya kira-kira 10 pagi tadi setelah beliau tidak hadir bertugas di Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson pagi ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh, berkata mangsa yang tinggal berdua bersama anaknya itu dipercayai dibunuh antara jam 4 hingga 5 petang semalam.

Beliau berkata, pada jam 8 pagi tadi, seorang rakannya datang ke rumah mangsa tetapi mendapati rumah itu berkunci dan kemudian rakannya itu balik ke sekolah dan cuba menghubungi talian mangsa tetapi gagal.

"Pada jam 10 pagi, rakannya itu datang semula bersama pihak pemaju flet untuk membuka kunci rumah mangsa dan menemui anak-beranak itu meninggal dunia di dalam bilik air," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau tidak menolak kemungkinan wanita itu disamun walaupun tidak ada tanda-tanda rumah yang terletak di tingkat satu itu dipecah masuk.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Najmi Awang Besar yang juga seorang guru di sebuah sekolah lain turut berada di tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Saya berjumpa dengan kakak ipar (mangsa) saya kira-kira dua minggu lalu dan beliau dijangka balik ke Kelantan esok untuk menyambut Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata, suami mangsa menetap di Kaherah, Mesir selama beberapa tahun menjalankan urusan perniagaan dan apabila cuti sekolah, mereka anak-beranak akan bersama. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular