Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 Oktober 2010

Pegawai polis mati kejar mat rempit



KUALA LUMPUR :--- Naluri sebagai seorang polis yang tidak boleh melihat penjenayah terlepas mendorong pegawai ini mengejar seorang mat rempit dalam satu operasi yang dijalankan malam tadi.

Semasa kejadian, Mohd. Khairul Zaini Mohd. Zain (gambar), 31, mengetuai 10 anggotanya membuat pemantauan di lokasi 'panas' di pusat bandar yang menjadi tumpuan golongan itu.

Namun ketika meronda di sekitar Sentul, beliau yang berpakaian preman dikatakan terserempak dengan seorang mat rempit sedang membuat aksi berbahaya lalu bertindak mengejar lelaki itu.

Malangnya, semasa mengejar suspek di Jalan Sentul Murni, Taman Datuk Senu di sini, motosikal Yamaha 125Z ditunggang Mohd. Khairul Zaini gagal mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari jalan sehala.

Akibatnya dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, motosikal Mohd. Khairul Zaini merempuh kereta tersebut mengakibatkan mangsa tercampak beberapa meter.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kereta jenis Toyota itu tidak dapat melihat motosikal mangsa disebabkan terlindung oleh kereta lain yang diletakkan di tepi jalan di simpang berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman yang ditemui di tempat kejadian malam tadi sedih dengan insiden menimpa mangsa.

"Apa yang berlaku, satu kejadian buruk yang menimpa pegawai bertugas dan ini merupakan kejadian pertama melibatkan pegawai saya sehingga mengalami kemalangan maut," katanya.

Beliau juga kesal kerana ia menunjukkan gejala mat rempit masih berleluasa dan perlu dibendung bukan sahaja oleh polis tetapi seluruh masyarakat.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan dimandi serta dikafankan di Masjid Bukit Aman pagi ini.

"Khairul Zaini yang telah berkhidmat selama sembilan tahun dengan PDRM akan dihantar ke kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan.

"Mayat mangsa dihantar menggunakan pesawat unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Panchor-Panji hari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu wanita berusia 44 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular