Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 November 2010

Anwar hilang kepercayaan, PKR berdepan kehancuran



TELUK INTAN :---- Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan dengan kehancuran berikutan kemelut dalaman yang berlaku dalam parti itu, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, sebahagian besar anggota PKR dilihat telah hilang kepercayaan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai matlamat perjuangan sebaliknya hanya kepentingan peribadi dan keluarga.

"Percanggahan pendapat antara akar umbi dengan kepimpinan atasan menambah konflik dalaman dan menjadi punca krisis parti itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di Hospital Teluk Intan di sini hari ini.

Katanya, krisis dalaman PKR itu memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan rakyat terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular