Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 November 2010

Sultan Selangor batal hadiri ulang tahun Yayasan Selangor



SHAH ALAM :---- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada 15 November ini.

Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang dewan undangan negeri di sini hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata, keputusan itu dibuat kerana baginda dukacita dengan kos terlalu tinggi mengadakan majlis itu.

Ramli berkata, pada asalnya majlis di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan itu adalah Majlis Makan Malam, baginda kemudian mencadangkan Majlis Makan Tengah Hari.

Kepada satu soalan, Ramli berkata: “Kosnya (makan tengah hari) lebih daripada RM300,000. Baginda berpendapat ia amat tinggi dan membazir,” katanya - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular