
SEORANG lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya putus dua sebelum terbabas dan merempuh kereta lain dalam satu kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, Kuala Pilah, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi tadi, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira hanya cedera ringan manakala kenderaan berkenaan putus dua di bahagian enjin.
